Ibu Pejabat UMNO Malaysia
Tingkat 38, Menara Dato’ Onn
Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
29hb Januari 2013
Menemui Datuk Seri Presiden merangkap Perdana Menteri Malaysia.
Pertama sekali kami berdoa semoga Datuk Seri dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.
Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri kerana mengambil langkah yang cukup berani melawat Gaza minggu lepas. Kami amat berbangga dengan keberanian Datuk Seri.
Kami meminta maaf jika kedatangan surat ini sedikit sebanyak mengganggu Datuk Seri dan merencat perencanaan kerja untuk pilihan raya 13.
Kami tidak berniat untuk mengganggu tugas Datuk Seri atau cubaan untuk mensabotaj parti. Matlamat kami untuk memastikan parti dapat menghadapi pilihan raya dalam keadaan tidak ada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan.
Kami sebenarnya sudah beberapa kali cuba untuk berjumpa Datuk Seri bagi menjelaskan perkara ini tetapi penjaga-penjaga pagar Datuk Seri sering menjadi penghalang utama.
Kami tiada pilihan lain melainkan dengan cara ini sahaja yang boleh kami lakukan agar mesej yang kami hendak sampaikan sampai ke telinga Datuk Seri.
Datuk Seri, sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Presiden UMNO dan PM manakala Anwar Ibrahim selaku Timbalan Presiden dan TPM, Tun banyak memberi kepercayaan kepada Anwar untuk menguruskan pelbagai hal ehwal negara dan parti.
Kepercayaan yang diberikan oleh Tun telah disalah guna oleh si rakus Anwar. Beliau menggunakan kepercayaan Tun untuk membina empayarnya baik dalam parti dan kerajaan.
Jika hendak diperkatakan tentang Tun dan Anwar kisahnya sangat panjang dan semua orang mengetahuinya bagaimana rakus nya Anwar mempergunakan kepercayaan Tun M untuk dia berada di tempat tertinggi termasuklah memangku jawatan Perdana Menteri.
Kisah berkenaan kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah setelah ia hampir memusnahkan UMNO pada tahun 1998 hasil tajamnya pandangan Tun pada kelibat Anwar Ibrahim.
Kini setelah lebih 15 tahun berlalu Anwar Ibrahim kedua dikesan wujud kembali di dalam UMNO di bawah pentadbiran Najib dengan modul dan sukatan pelajaran politik yang sama dilakukan Anwar dalam UMNO satu ketika dulu.
Datuk Seri mungkin terlepas pandang gerakan demi gerakan yang sedang berlaku ketika ini. Dalam masa Datuk Seri sedang berusaha untuk menang 2/3 majoriti dalam PRU13,ada pula pihak sedang mengambil kesempatan untuk menyusun gerakan bagi memperkukuhkan kedudukan dalam politik terutama sekali pada pemilihan parti yang akan berlangsung nanti.
Datuk Seri sedang dikelilingi oleh parasit-parasit parti.Datuk Seri sedang dibuai dengan nyanyian yang enak di telinga Datuk Seri oleh pencacai-pencacai terutama sekali sepupu Datuk Seri,Hishamuddin yang sedang memasang badan untuk ke peringkat tertinggi dalam parti dan sepupu Datuk Seri ini menjadi semakin angkuh kerana sepupunya adalah Perdana Menteri.
Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang bahawa sepupu Datuk Seri sedang membina empayarnya di dalam UMNO untuk kepentingan politik dirinya ? Kepura-puraan beliau di depan Datuk Seri hanyalah umpan untuk menyedapkan mata dan telinga Datuk Seri. Datuk Seri ada pengalaman mengenal budaya ampu dan bodek ini tatkala Datuk Seri hampir-hampir tewas di Pekan,Pahang pada PRU11 lalu.
Sebagai mahu memenuhi tembolok politik peribadinya,Hishamuddin sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menabur fitnah terhadap saingannya,menghantar SMS kepada seluruh rangkaiannya,menggunakan KDN untuk menutup segala kebejatan moralnya dan apa yang didedahkan oleh mantan Ketua Polis Negara,Musa Hassan sampai sekarang tidak disanggah dengan bukti dan beliau hanya menafikannya semata-mata.Ini jugalah stail Anwar masa dalam kerajaan satu ketika dulu.
Hishamuddin umpama biawak hidup yang terpaksa Datuk Seri usung dan pikul.Beliau terlalu banyak mengguna serta memperalatkan nama Datuk Seri terutama sekali dalam soal pemilihan calon bagi mengisi kerusi Parlimen dan DUN untuk PRU13, kononnya Dato Seri memberikan beliau mandat untuk menapis serta mengenal pasti calon-calon dan Hishamuddin terlalu banyak berjanji dengan setiap pemimpin UMNO atau ahli UMNO yang beliau temui.
Sikap hipokrit Hishamuddin ini cukup tebal Datuk Seri,di depan Datuk Seri lain cakapnya dan di belakang Datuk Seri lain pula tindakannya dan senario ini sama beliau lakukan di depan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.
Datuk Seri,beliau juga sedang ligat memasang orang-orang tertentu untuk bertanding dalam pemilihan parti dengan alasan kononnya Datuk Seri yang minta mereka ini menentang calon sedia ada.Begitu jugalah dengan menawarkan orang-orang tertentu untuk menjadi calon kerana Datuk Seri yang minta.
Tidak cukup beliau mengatur pertandingan UMNO di peringkat Bahagian,sepupu Dato Seri ini juga sudah pun menyusun orang-orang tertentu di dalam sayap-sayap parti untuk bertanding merebut jawatan sehingga diberitahu apa sahaja keputusan mesyuarat sayap-sayap parti perlu disampaikan kepadanya.
Kesan daripada menggunakan nama Datuk Seri ini,kita yakin dan amat percaya kalau gerakan sepupu Datuk Seri ini tidak dibendung ataupun diambil tindakan oleh Datuk Seri boleh mewujudkan budaya sabotaj ataupun lompat parti.
Surat ini untuk peringkat ini tidak mahu menyebut atau mendedahkan lagi bagaimana sepupu Datuk Seri ini mengumpul kekayaan terutama sekali di negeri Johor hingga mampu membeli sebuah rumah mewah di kawasan elit di Kota London baru-baru ini, tetapi surat ini lebih kepada mahu memberitahu sikap sebenar Hishamuddin yang selama ini setiap saat dan ketika memperdagangkan nama Datuk Seri.
Datuk Seri sedar atau tidak,helikopter dan kenderaan siapa yang digunakan oleh sepupu Datuk Seri untuk sebarang program parti ataupun peribadi beliau? Datuk Seri sedar atau tidak bagaimana akrabnya sepupu Datuk Seri ini dengan tokoh korporat Cina di Johor bernama Lim Kang Hoo itu ? Pernah Datuk Seri tanya sepupu Datuk Seri hubungan sebenar mereka berdua hingga Lim Kang Hoo begitu bermaharajalela di Johor?
Kenapa begitu hina sekali anak seorang pejuang UMNO sanggup bersekongkol dengan seorang tauke cina untuk meranapkan harta-harta anak bangsa sendiri di bumi Johor ?
Datuk Seri kami sedar apa yang kami lakukan ini ibarat menepuk air di dulang terpercik muka sendiri. Namun apakan daya kami kerana kami tiada jalan lain untuk menyampaikan mesej kepada Datuk Seri.
Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang ketika kita sedang sibuk untuk memantapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya, Hishamuddin pula sibuk memantapkan rangkaiannya untuk menghadapi pemilihan UMNO ?
Beliau sedang sibuk mencatur orang sana-sini untuk berlawan orang itu ini kononnya itu permintaan Datuk Seri. Dalam masa yang sama juga sibuk mencaturkan orang untuk dilantik sebagai menteri, timbalan menteri dan menteri besar.
Ini adalah permulaan Surat Terbuka kepada Datuk Seri berkaitan dengan gelojohnya nafsu politik sepupu Datuk Seri ini dan akan menyusul lagi pendedahan tentang apa yang sepupu Datuk Seri lakukan ini boleh memecahbelahkan UMNO,boleh menggugat kedudukan Datuk Seri sebagai Perdana Menteri Malaysia dan mungkin juga menghalang transformasi politik yang Datuk Seri laung-laungkan selama ini.
Surat ini dibuat kerana ucapan Datuk Seri masa Perhimpunan UMNO lalu yang bertajuk Ubah Atau Rebah dan sekiranya Datuk Seri masih gagal merubah sepupu Datuk Seri ini,yakin dan percayalah Datuk Seri akan rebah bersama-sama sepupu Datuk Seri yang sedang bernafsu besar dalam politik negara ini.
Sekian dulu untuk yang pertama ini dan akan menyusul nanti beberapa pendedahan yang mengejutkan Datuk Seri tentang sepupu Datuk Seri ini.

Sekian
Warga-warga Johor
Saya berdoa kehadirat Allah subhanahuataala mudah-mudahan terbuka hati Najib untuk melihat perkara ini dengan lebih sirius lagi.
ReplyDeleteSelama ini aku anggap H ni orang lemah. Oh tidak rupanya. Andai benar apa di tulis diatas maka saksilah ORANG-ORANG MELAYU SEMUA bahawa lambat laun UMNO akan tersungkur rebah di mamah bumi.Tsunami telah melanda UMNO. Melayu akan kenal UMNO sebagai 'PENJAJAH POLITIK' Seandai perkara sebegini terus berlaku dan di biarkan, alamatnya bungkuslah dalam PRU13 nanti. Bukan diJohor sahaja malah untuk semua negeri-negeri di Malaysia sekarang kepercayaan kepada UMNO ibarat telur di hujung tanduk, telan mati emak luah mati bapa. Kalau peneraju-peneraju UMNO masih ghairah mengaut harta haram lagi maka siapa akan percaya. Melayu sekarang akan bertindak . Ingat , dan sekali lagi ingat, sekali terantuk sudah mengajar Melayu untuk berhati-hati.
ReplyDeleteJangan buat orang Melayu hilang kepercayaan pada UMNO.Lihat pada sejarah. Kerakusan sebahagian pemimpin makan duit haramlah yang menyebabkan BN sengat dalam PRU yang lepas.Orang saperti H ini wajib disingkirkan dari parti kalau mau selamat. tamak dan rakus ,bodoh tapi nak berkuasa. Tindakan dia sekarang pun tah ubah macam Luncai , lembik saja. Pe...rah...letak jawatan sajalah...
Salam buat semua rakan seperjuangan...
ReplyDeleteSaya pernah tulis bahwa kalau najib gagal mendapat 2/3 majoriti pd pru yg akan datang,maka najib berlu bertanggung jwp dan meletak semua jawatan dlm parti.Kami tidak akan membiarkan umno tersungkor dek rakusnya ank mantak nk jd pm...h20 anwar ibrahim no 2 dlm umno memang betul dan tidak dapt dinafikan...harus di ingat umno bkn mak bapak najib or hishamuddin punya...
Hishamuddin adalah rakan kongsi gahni othman untuk menyamun harta rakyat di negeri johor...merek gunakan jawatan untuk memiskinkan org melayu dan memperkaya LIM KANG HOO...lim kapor sekarang dah menjadi raja no 2 di jhr...semua ni sepupu najib punya keje.dia yg membawa lim kang hoo berjumpa ghani pd thn 1995 dahulu.lim kang hoo adalah rakan kongsi perniagaan hisham dlm ecovest berhad...hishamuddin perlu ditendang dari dlm umno sbb dia menjadi punca utama rakyat bencikan bn
ReplyDeleteAnak mantan pm ni semuanya SIAL...kuota bumi 30% dia nk hapuskan.kementerian pembanguan ushawan dia tutup.tanah ktm malaysia dia jual kepada singapore...Najib dan hisham ni pemusnah bangsa melayu!!! Sial bin celaka...
ReplyDeleteBabi punya Hishamuddin....
ReplyDeletecakap biarlah dengan bukti..... ni surat pun tak letak nama sebenar.... kalau rasa penulis surat ni berada di pihak yang benar... kenapa nak sorok identiti?
ReplyDeletemungkin ada sebab tertentu.. mungkin dia sygkan umno.. tp cume bencikan pemimpin dlm umno yg x betul.. menteri lwn rakyat marhaen... lue rasa sape yg rugi klu lawan bersemuka.. kena plak menteri dlm negeri.. polis sume under dia.. lue pikir la sendiri.. lawan guna akal.. lgpun kan dia kata ni br surat permulaan.. tgg la surat yg lain plak.. klu rs fitnah saman je la dia.. mcm utusan, papagomo, milosuam or pisau.. ke lue mmg balaci yg nak dia ttp mulut???
Deletekalau sayangkan UMNO jumper jer lah dgn Najib... slowtalk dgn dia jer, cam tk biasa. Tk payah lawan Hishamudin pun. Bentangkan sebab sebab yg logik beserta bukti. Datang satu team pun takper. Tk payah nk guna surat terbuka nih. Satu lg...nama penulis surat kena ada,baru gentlement. At least nama samaran la...kalau takut guna identiti betul. Bukan apa..senang sikit Najib nk panggil jumpa. Surat terbuka mcm nih lebih menjurus kepada propaganda. Tapi dlm banyak banyak menteri kabinet sekarang nih, mmg 'menteri amaran' nih la yg aku meluat. Bagaimana dgn KJ ?????
DeleteSatu jenis surat mengarut dan amat mengarut
ReplyDeletePada pendapat saya semua ni memang berlaku...saya di kelilingi oleh org hishamuddin dan ramai diantaranya meminta bantuan dari beliau untuk terus dicalonkan pd pru yg akan datang...saya harap blogger ini terus mendedahkan parasit2 dlm umno atau musang berbulu ayam...umno perlu dibersihkan dari sebarang unsur parasit dan juga musang berbulu ayam.pengkhianat atau anwar ibrahim no 2 dlm umno perlu dinyahkan dari sebarang jawatan kerana umno ini bkn milik najib razak ataupun hishamuddin balaci lim kang hoo
ReplyDeleteKepada tuan punya blog ini saya harap teruskan usaha seperti ini kerana ia mampu membersihkan umno dari sebarang parasit dan juga musang berbulu ayam...
ReplyDeleteNak tanya sket bro...
ReplyDeleteSiapa nama perdana menteri yg menjual tanah ktm di woodland kepada singapore eh?...siapa pulak yg bercadang menghapuskan 30% quota bumi?siapa plak yg menutup terus kementerian pembangunan usahawan?.bkn ke kementerian itu diwujudkan untuk membantu usahawan melayu seperti mana yg tertulis dlm perlwmbagaan?...bkn ke org melayu ini ada hak dan keistimewaan?...
Najib tidak ada jiwa dan semangat melayu la!!!!!!...yg ada dlm kepala hotak dia bangsa lain aje.kalau mcm tu suruh aje cina dgn keling menangkan bn pd pru yg akn datang
ReplyDeleteNik Aziz pun jual harta Kelantan pd Cina DAP dan Singapore.Anuar pulak gadai negara kita pd Israel....pusing kanan pusing kiri..sama saja.
DeleteEntah2 org yg suka tuding kerajaan jahat dan samun harta rakyat akan lebih teruk lagi. Lihat lah ulamak2 Pas..jika ada peluang lebih tinggi..lebih banyak dia akan samun.
Malah kt caw.aku pun pengarah Pas ..sapu tanah kaum kerabat dia..ada pulak tu ..tuntut pampasan yg bukan milik dia.Cakap memang senang..menuduh juga seronok..Nak 'TUKAR' kerajaan? Nampaknya tukar itu membayangkan kpd yg lebih rakus..sejarah membuktikan.Anuar itu kononnya 'WARAK' ketika 'dipinang' Tun M masuk UMNO..rupa2nya waraknya itu sekadar hiasan..semuanya berakhir dgn bermacam2 skandal. Dah 'tinggi' lupa bumi yg dipijak..sama juga dgn Nik Aziz dan Hj.Hadi...Lebih teruk kafirkan sesama umat...sepanjang hayat menghasut umat supaya saling mengumpat memfitnah..tak de satu pun kejayaan yg dicapai..yg ada perpecahan ummah..Berbanggakah kita?
Sekilas ikan di air, aku tahu jantan betina....ha ha, ini propaganda anwar & the balachis, munkin PAS atau DAP atau Singapoorah. Ada banyak cara lain untuk beritahu Najib. Ini bukan cara pejuang pejuang UMNO yg ikhlas.
ReplyDeletetak orang pakatan atau orang yang gagal mendapat sesuatu dengan ts hishamuddin. Biasa la dalam kerja orang panggil ni surat layang.
ReplyDelete